Pages

Friday 25 January 2013

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG PMR

YDP PIBG telah sudi menyampaikan cenderamata penghargaan kepada calon-calon PMR 2012 yang cemerlang. Majlis berlangsung pada sebelah pagi sempena perhimpunan hari Jumaat. Kepada pelajar yang cemerlang diucapkan tahniah dan syabas. Kepada PIBG dirakamkan ucapan terima kasih kerana sudi memberi sumbangan penghargaan kepada calon-calon ini.

Wednesday 23 January 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

Monday 21 January 2013

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan 2013 peringkat BiGSS telah disempurnakan oleh YB Ir Hj.Hamim Samuri Ahli Parlimen Ledang. Pada majlis yang sama sekolah-sekolah yang terlibat dalam majlis tersebut ialah SMK Sagil, SK Bukit Gambir, SK Simpang Lima Pekan, SK Simpang Lima Darat, SK Sawah Ring, SJKC Chun Kuo, SJKC San Yu, dan SJKT Ladang Tangkak.






Monday 14 January 2013

SELAUT KENANGAN SEGUNUNG HARAPAN

Majlis selaut kenangan, segunung harapan telah diadakan sempena meraikan kenaikan pangkat Tn.Hj.Ahmad Masduki Komar sebagai pengetua SMK Sagil dan Tn.Hj.Syed Yusof Syed Omar sebagai Penolong Kanan di SMK Sultan Alaudin R.Shah 1 Pagoh. Manakala Pn.Rohana Yusof yang dilantik sebagai Penolong Kanan di BiGSS mengambil alih daripada Tn.Hj.Ahmad Masduki. Tahniah kepada yang naik pangkat semoga terus maju. Program ini telah dapat dijalankan dengan jayanya atas kerjasama semua pihak. Tahniah kepada semua jawatankuasa dan semua guru atas komitmen yg diberikan.


Friday 11 January 2013

MAJLIS PENUTUP ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN

Pada 11 Januari 2013 telah berlangsung majlis penutupan resmi minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan satu dan peralihan SMK Bukit Gambir Ledang. Dalam majlis tersebut para pelajar telah menampilkan kebolehan untuk menyanyikan lagu sekolah, persembahan solo dan berkumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar baru BiGS. Tahniah kepada J/K Minggu orientasi dan semua warga BiGS yang telah memberikan khidmat bakti secara langsung dan tidak langsung. Tahniah dan Syabas

Ucapan Perasmian Penutup_oleh Pengetua

Persembahan pelajar






Tuesday 8 January 2013

TAKLIMAT KESELAMATAN

Satu taklimat keselamatan bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Yang Setia Inspektor Tuan Ahmad Ishak bin Arabiah telah diadakan didataran maklumat BGS pada 7 Januari 2013. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan semoga pelajar BGS akan lebih berketrampilan.





ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU

Pada 07 hingga 11 Januari 2013 BGS telah mengadakan minggu orientasi bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dan peralihan. Pengisian program termasuk taklimat disiplin, SPBT, Kokurikulum, Pusat Sumber, Unit Beruniform dan penggunaan peralatan sekolah. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan tahniah kepada unit bimbingan dan kaunseling.
En.Tajul sedang membuat aktiviti ice breaking
Kumpulan Pelajar Pra_U yang sama membantu

Saturday 5 January 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 28 Disember 2012 telah berlangsung pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 dan peralihan bagi sesi 2013. Kehadiran pelajar baru bersama ibu bapa penjaga amat menggalakkan. Selamat menjadi warga SMKBG dan tanamkan azam untuk bersama mencipta kecemerlangan di sini.
Pengetua_menyampaikan ucapan aluan

NYDP PIBG_memberikan semangat kepada pelajar baru

Ibu bapa penjaga dan pelajar tekun mengikuti penerangan dari pihak sekolah

Add caption

PMR 2012_TAHNIAH




Tahniah kepada anak-anak pelajar PMR 2012 yang telah diumumkan kejayaan mereka. Semoga ini menjadi pendorong anak lebih cemerlang dalam SPM nanti. Selamat berjuang