Friday 29 March 2013
Saturday 16 March 2013
MOTIVASI BERSAMA AMAR MAGICAL
Pada hari Sabtu 16 Mac 2013 telah diadakan program Jelajah Minda oleh Amar Magical Cons and Training di dewan Sri Gambir. Seramai 350 orang pelajar mengikuti program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga pra-U.
Saudara Amar bersama pengetua |
Saudara Amar bersama GPK dan Kaunselor |
Cenderahati disampaikan oleh GPK HEM |
Banner Jelajah Malaysia |
Team Kaunselor dan PRS |
Team BiGSS |
Pelajar yang diberi peluang merasai permainan magical |
Sunday 10 March 2013
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH
Kem pemantapan sahsiah pelajar perempuan siri 1/2013 telah diadakan pada Sabtu 9 Mac 2013. Antara pengisian program ialah ceramah 'Manisnya Remaja Satu Peringatan Kerana Sakaratul Maut Satu Kepastian' oleh Ustazah Zabidiah bte Othman Pegawai Pejabat Agama daerah Muar.
Tahniah kepada J/K Pelaksana dan pelajar yang menjadi peserta program ini.
Penceramah Undangan_Ustazah Zabidiah Othman |
Para peserta program |
Pengetua, GPK HEM dan Kaunselor_Perasmian Majlis |
Pengisian slot |
Kem solat |
Kerjasama Panitia Pendidikan Islam_Bimbingan kaunseling |
Thursday 7 March 2013
BOLASEPAK MSSD B15
Wednesday 6 March 2013
NOTEBOOK 1 MALAYSIA
Penyampaian notebook 1Malaysia fasa 3 telah disempurnakan oleh pihak SKMM pada Selasa 5 Mac 2013. Seramai 100 penerima telah mendapat bekalan komputer 1Malaysia.
LATIHAN MENGHADAPI KEBAKARAN
Satu latihan menghadapi kebakaran telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Bukit Gambir. Dalam latihan ini ditunjukkan bagaimana pihak bomba mengawal api kebakaran, menyelamat mangsa dari bangunan tinggi dan penggunaan bahan yang betul bagi tujuan memadamkan kebakaran.
Tuesday 5 March 2013
PEMIMPIN MUDA 2013
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan barisan Kepimpinan Pelajar 2013. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah.
BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
Penyampaian baucer Buku 1Malaysia BB1M kepada pelajar-pelajar Pra U pada 4 Feb 2013. Semua pelajar Pra U telah menerima baucer tersebut yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Bukit Gambir.
Sunday 3 March 2013
BAUCER BUKU 1MALAYSIA
Penyampaian BB1M oleh YB Hamim b Samuri kpd pelajar Pra U...pada 01 Mac 2013...Tahniah kepada pelajar pra-U dan terima kasih YB.
Saturday 2 March 2013
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pada 2 Mac 2013 telah berlangsung kursus dalam perkhidmatan bilangan 1/2013.Kursus adalah kendalian Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia. Tajuk-tajuk slot yang dibentangkan dalam kursus ini ialah Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, dan PAJSK. Tahniah kepada semua yang hadir.
Pengetua menyampaikan pembentangan dalam slot 1 |
Pn Saniah Hassan, JNJK cawangan Muar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)